home twitter Instagram My Insta Shop facebook follow

anda pelupa..anda normal.! hahaha
2 Adorable | Friday, April 15, 2011 2:36 PM


ErM...seminggu dah tak update sebab qiella tengah exam set 1 (SPM) sibuk study an...
hehehehe...ye2 jerr study last masa exam meniru gak.!hahaha
alamak.!terkantoi plak pulak buat jahat...hahahahaahahaha
qiella nak tanya kamu..kamu pernah masa sebelum exam tu bukan main baca...
confident semua dah msok otak..last-last time exam satu ape pon tak boleh nak jawab...
siap rasa otak kosong lah an...benda nie selalu berlaku dekat qiella...
so memang tak heran r...hahahaha
tapi qiella risau r..kalau selalu sangat macam nie...macam mane r exam nanti...
adoi..!memg masa tu rasa nak bako.!jerr kertas tu an...
hahahahaha....
ok now qiella nak kongsi sesuatu mengenai hal yang kita bincangkan nie...
pasal otak kita...hal nie die beri oleh MR.GOOGLE
hahaha

TAHNIAH.! ANDA LUPA..ANDA MANUSIA NORMAL.!
Sekiranya anda dapati anda sering kali lupa apa yang telah dibaca, maka tahniah!! itu tandanya anda manusia normal. Hasil kajian telah menunjukkan 80% dari apa yang kita baca hari ini akan lupa hanya dalam masa 24 jam. Jangan cari alasan. Ramai pelajar menjadikan lupa sebagai alasan untuk tidak belajar atau membuat ulangkaji terlalu awal. "Buat apa baca sekarang esok lupa juga". Inilah kata-kata yang sering diucapkan. Tahukah anda, sebenarnya anda tidak lupa, cuma anda belum melakukan cukup usaha supaya anda tidak lupa. Mudah bunyinya bukan?? Sebenarnya wujud perbezaan antara belajar awal dengan belajar waktu musim peperiksaan. Anda perlu belajar awal untuk menyediakan nota-nota bermutu dan untuk memahami setiap mata pelajaran dengan sebaik-baiknya. Jangan risau kalau masih banyak yang anda belum ingat, yang penting telah banyak tajuk-tajuk yang anda telah faham. Fahami apa yang dibaca. Memahami matapelajaran adalah langkah pertama sebelum anda melakukan usaha untuk menghafalnya. Menghafal bahan yang tidak difahami adalah perbuatan yang sia-sia. Sekiranya anda belajar awal, anda pasti punya banyak masa dan berpeluang untuk bertanya kepada guru dan rakan-rakan agar setiap kekeliruan dapat diatasi sebelum terlambat.. Setelah anda benar-benar faham, sediakan nota ringkas yang bermutu untuk anda gunakan setiap kali datangnya musim peperiksaan. Sediakan juga nota-nota poket dan peta minda bagi memudahkan anda merujuk semula kepada apa yang telah dipelajari tanpa perlu membelek semula buku-buku asal. Hafal kata kunci. Ramai pelajar yang mempunyai tabiat menghafal yang buruk. Mereka cuba mengingati keseluruhan ayat yang mewakili fakta. Contoh fakta: Otak manusia terbahagi kepada dua hemisfera iaitu otak kanan dan otak kiri. Pertama sekali pastikan anda faham apa mesej yang mahu disampaikan kepada anda dalam fakta tersebut. Keduanya barulah hafal fakta itu, tetapi bukan menghafal keseluruhan ayat. Hafal hanya perkataan 'dua hemisfera' yang merupakan kata kunci kepada fakta. Sekiranya anda ingat kata kunci ini pasti sahaja anda mampu menerangkan kepada orang lain apa maksud disebaliknya. Sebab itulah anda perlu faham sebelum anda hafal!! Pecahkan kepada beberapa kumpulan kecil. Sekiranya anda terpaksa menghafal terlalu banyak fakta, jangan hafal kesemuanya serentak. Tidak perlu terburu-buru. Pecah-pecahkan fakta-fakta tersebut kepada beberapa kumpulan kecil dan hafal setiap fakta dalam kumpulan ini. Misalnya, kalau anda ada 15 fakta yang perlu diingat, pecahkan fakta-fakta ini kepada 3 kumpulan kecil. Setiap kumpulan mempunyai hanya 5 fakta. Baik, sekarang mana yang lebih mudah dihafal, kumpulan yang 15 fakta atau kumpulan yang mengandungi 5 fakta? Lihat! mudah-mudahkanlah pekerjaan anda. Sekali lagi jangan terburu-buru. Mempelajari bahan-bahan akademik memerlukan kesabaran dan ketekunan yang tinggi. Sering membuat imbasan. Satu lagi faktor anda lupa ialah terlalu percaya bahawa anda telah menguasai tajuk tersebut hanya dengan melakukan sekali ulangkaji. Awal-awal lagi telah dibuktikan bahawa 80% daripada apa yang telah dipelajari akan lupa dalam masa 24 jam. Sekiranya anda tidak menyemak semula tajuk tersebut dalam masa yang terdekat, maka jangan pelik kalau anda terpaksa mengulang baca keseluruhan tajuk sekali lagi dimusim peperiksaan. Untuk menjadi seorang pelajar yang efektif, anda perlu melihat seimbas apa yang telah anda baca dari semasa ke semasa secara sistematik. 


 Petua dibawah boleh digunakan dan terbukti berkesan :
• Imbas 5 minit apa yang dibaca selepas 24 jam. 
• Imbas 5 minit lagi selepas 1 minggu. 
• Imbas 5 minit setiap 2 minggu. 
• Imbas 5 - 10 minit dimusim peperiksaan.


AMARAN KERAS.! :
 Elakkan dari tidur petang. Ini lagi satu penyakit. Tidur selepas waktu Asar akan melembabkan otak anda. Dalam Islam amalan tidur petang sebegini sangat tidak digalakkan. Oleh itu hentikan tabiat buruk anda ini. Kalau anda letih, tidur sahaja sebentar selepas solat zuhur, ini sunnah Rasulullah s.a.w. Badan akan terasa lebih bertenaga untuk belajar diwaktu malamnya nanti.


sekian terima kasih.! "peace."
hehehe

p/s:entri kali nie panjang semata-mata nak bagi tahu kamu...hehehe

PAST | PRESENT
owner

My name nuraqila, can call me qiella

sweet 21

Study at UiTM Segamat, course Diploma in Banking Studie

hope happy reader and please be nice here...thank you...keep smile =)


RULES

Harsh word not allowed!
Kick out devil anon.
No Advertisement .



Layout made by Koala
Inspiration from mymostloved .
Gyapo